Thursday, February 26, 2009

sUbSisTEnce..


Hishh, sudah berbelas tahun saya bekerja keras siang dan malam, tapi hasilnya tak seberapa. Apa yang tak kena...” “Apa lagi kerja yang saya tak buat. Semua sudah saya buat. Bak kata orang, pergi pagi balik malam, tapi rezeki saya sekeluarga tak juga cukup-cukup. Entah apa nak jadi...”

Begitulah bunyi keluhan ramai orang yang kita jumpa. Kadangkala kita juga seakan-akan pernah mengomel dalam bahasa yang sama, tak begitu??

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

1. Menyempatkan diri beribadahAllah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosaIstighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat AllahBanyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapaDalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemahBerbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lainMenunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. BersedekahSedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada AllahSyukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentuZikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. BerdoaBerdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnyaSiapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Wednesday, February 11, 2009

LEt it bURn....


LEt it bURn...Pernah tak rasa kita tak berpijak didunia nyata..seperti "kita tahu satu perkara yang tidak harus diteruskan @ kita lakukan.. tapi kerana sayang @ memerlukan seseorang kita pejam kan mata dan teruskan aje..
Hrmm..aku keliru..biarlah berat rasa hati..asyik teringat aje..asal dia bahagia..pergi la..jika ini ketentuan yang terbaik untuk aku..dan ketika ini lagu dilaptop aku "Pelangi Petang" - Sudirman "Seharian waktu bersamamu..Tak terasa saat yang berlalu..Bagai pelangi petang kau kan pasti Pergi jua......"
Sambil membelek majalah MIDI mata aku terpaku padJustify Fulla satu artikel "Kekasih Gelap, Hati pun jadi gelap"...Jauhkan la aku dari Kegelapan hati...Astafirullah..

Saturday, January 10, 2009

aLOne..



aLOne..entah! ini yang aku rasakan sangat bila kembali tinggal beseorangan disini..semua kena fikir dan buat sendiri..kemana hilang kekuatan..mungkin kerana aku yang semakin pupus..airmata menjadi teman setia.."kenapa aku sendiri..tiada siapakah untuk menemani aku... sunyi..sepi..aku ingin belaian kasih sayang.."itu yang selalu bermain diminda aku..kadang-kadang aku rimas dengan sikap aku sendiri...bole lak sendu sedan...sedangkan aku bukan tak pernah tinggal seorang kat sini..mungkin aku terlalu sunyi untuk sendiri.."Ya allah kau temuikan aku segera..dia yang bisa bersama aku..menerima aku..meyayangi aku dan sama-sama kejalan mu.."

Sesama layan lagu neh...lagu jiwang yang meyentuh hati sanubari aku yang kesepian huk huk huk.....

Munajat Cinta

Malam Ini Kusendiri
Tak Ada Yang Menemani
Seperti Malam Malam
Yang Sudah Sudah

Hati Ini Selalu Sepi
Tak Ada Yang Menghiasi
Seperti Cinta Ini
Yang Slalu Pupus

Tuhan Kirimkanlah Aku
Kekasih Yang Baik Hati
Yang Mencintai Aku
Apa Adanya...

Mawar Ini Semakin Layu
Tak Ada Yang Memiliki
Seperti Aku IniSemakin Pupus...


video

Monday, January 5, 2009

I cOMe bACk...


I cOMe bACk...5 January 2009, 1st day aku kembali berkerja di kota metropolitan..alhamdulillah atas kehendaknya semua berjalan dengan lancar..aku kembali ceria dan bersemagat waja huhuhu...bagai tak percaya waaa aku kini kembali diarena trafik jem..almaklumla pagi-pagi di Federal Highway...
Di opis friends all friendly..boss nampak cool je...dan apa-apa pun jangan cepat percaya dengan pandangan pertama..aku jenis suka buat kerja sendiri..layan kepala sendiri jr..Thank adik aku coz berbaik hati pinjamkan aku keta satria dia..sambil menunggu keta aku yang sedang dirawat di workshop. Hope sesangat next week siap la keta aku..
Aku perlukan BILIK SEWA SEGERA..memang tengah usha giler-giler..kat kota damansara ada apartment abang kawan aku punya..ingat aku nak sewa dulu..baru cari housemate..weekend aku pergi tengok rumah..hope okielaa... sekarang aku stay dengan auntie aku kat USJ Subang.. thanks yea moga allah swt saja membalas budi auntie & uncle..

Wednesday, December 31, 2008

mOGa iNi tErBAik uNTuk aKu..



mOGa iNi tErBAik uNTuk aKu..kepala serabut..ishh..ishh..kenapa aku??? kenapa aku??? tentu emosi menjunam..amuk dalam diri..mood gagal..Ya allah aku redha..tapi kenapa jiwa-jiwa aku berduka lara..sekali lagi aku harus meninggal kan ayah bonda..terjerumus kembali ke kota metropolitan...kali ini jiwa-jiwa bagai merintih..resah..tertanya kenapa harus kembali kesini?? kerana teraniaya..pada jiwa-jiwa suka pada kejatuhan orang lain ..aku yakin setiap kebenaran pasti akan terserlah kelak ..


"Tahun malang bagi aku ke ni??" aku kini bertugas di Petaling Jaya..n dua hari lepas keta kesayangan aku telah dilanggar motor kemek ..waaaaa....issh ..setiap ketentuan tu mesti ada yang tersirat ..susah dan sukar aku..masih ada yang yang menjalani kehidupan yang sukar baget berbanding aku..bersyukur laaa atas limpah kurnianya yang tak terkira.. yea aku harus bersyukur..Aku Yakin "allah swt jua yang lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap umatnya".. subahanallah..


Tuesday, December 30, 2008

sALam MaaL hIjRah & SeLAMat taHUn BaRU 2009..





sALam MaaL hIjRah & SeLAMat taHUn BaRU 2009..sungguh pantas masa berlalu bulan berganti bulan, tahun berganti tahun..hidup ini makin singkat..banyak yang dihajati belum tercapai..bagi aku perjalanan hidup penuh dengan rintangan di dunia yang sementara..satu harapan aku ..aku tidak tersasar jalan..sentiasa dekat pada allah dan redha diatas segala dugaannya kerana aku percaya..allah swt adalah segala-galanya..

Ya allah swt

Aku hamba mu yang berdosa..
mengharapkan rahmat mu..
kau yang maha pemurah dan agung..
aku bersyukur atas limpah kurnia mu..

Moga perjalanan ini dijalan mu..
Jangan putuskan aku denga hidayahmu..
Kau bangun kan aku ..kiranya aku hanyut telena
Berikanla petunjuk diatas segala dugaan mu..


Tahun 2008 tinggal kenangan ...jadikan ia perisai untuk terus melangkah..thanks alots ayah bonda disisi mu.. aku tenang..

Wednesday, December 17, 2008

KeTeNaNgAN & iLHam

السلام عليكم...

KeTeNaNgAN & iLHam, bagi aku bila didalam ketenangan baru ilham mencurah-curah..since study..selalu lepas isyak tido dlu..n pukul 3.00 a.m baru bangun terus laa memerah otak sampai pagi..masa ni mood dasyat hukhuk..selalu data assignment aku dapat masa nih ah...idea mencurah-curah tak hingat.."bunyi cam power". Moga kegigihan ini akan membuahkan hasil yang "ranum..lagi manis nya madu.." dan moga dapat dirasai oleh semua insyallah..tahun depan je beb..doa2 kan aku ye..teman-teman..

Sejak aku di Perak..aku akui.., aku sunyi dan kadang-kadang tensyen..terus teringatkan teman-teman aku di Kuala Lumpur "miss u all so much"..mungkin ada banyak sebab aku kembali ke sini..bersama mama abah..pengorbanan ikhlas aku..aku yakin aku ikhlas..pasti sangat nih..
Bila aku beborin, seronok, sedih..aku layan dalam bilik aku..apa lagi keja aku..melepak haa besh tak tengok aku bersenang lenang bebarin-barin..ngan laptop kesayangan aku..n pc kesayangan ..itu lerr kojo aku..sehari suntuk pun tak apa..selamba jek..muahehehe..